Kamis, 27 Januari 2011

Sejarah Mungkin Berulang

Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kenang
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan
Cemburumu merantai hati
Meleburkan semangat diri
Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan
Andaiku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati… mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu
Berpanas hujan berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati
Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indahnya pada di luar
Tapi penuh kepalsuan
Bila ku tiada
Terbuktilah
Betapa aku pula di sisimu
Sejarah mungkin berulang

Hanya Satu Persinggahan

Di sini kasih pernah berbunga
Tiada harum tiada warna
Di sini cinta pernah membara
Tanpa bahang dan tanpa apinya
Begini yang ku rasa
Hidup kita berdua
Di sini langit mendung selalu
Tiada cahaya menyinariku
Di sini aku tiada berdaya
Mengikut kata tanpa bicara
Kerana engkau tahu
Aku tidak sepadan denganmu
Hubungan kita suatu persinggahan
Bukan pengabadian yang rela
Pemergianku oh kerana terpaksa
Demi hidup yang lebih sempurna
Anggaplah kehadiranku
Hanya satu persinggahan
Aku tidak menjanjikan
Mahligai impian
Sebagaimana kau harapkan
Biarlah jauh dari pandangan
Daripada dekat penuh seksa
Biar berduka biar melara
Dari sengketa sepanjang masa
Janganlah engkau harap
Ku menghambakan diri
Nanti kau tahu ertinya sepi
Bagaikan pisau menghiris api
Nanti kau tahu ertinya rindu
Bagai tertusuk duri sembilu
Batin akan tersiksa
Jasad pasti merana

Siapa Yang Rampas Cintamu


Harapan hatiku
Ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja
Hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta
Lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti
Aku yang menjadi mangsa
Harapan untuk kekalan
Hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan
Tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita
tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau
Mematah dahan asmara

Sampai bila harus diri ku begini.. oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa… hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku

Trilogi Cinta


Setahun sudah ku mengunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna Kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu
Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Kekasihku


Malam ku rasakan sepi
Jiwaku dilanda rindu
Terbayang wajah mu
Rasa cinta begelora

Rindunya makin terasa
Malam bagaikan lama
Menantikan siang
Resahnya jiwa ku ini


Harapan ku agar kau tetap setia
Kan ku belai kasih sepenuh hati ku ini
Abadilah cinta dilubuk kasih mesra
Kan ku jaga agar sentosa

Hebatnya api asmara
Tak terdaya aku mengawal
Moga engkau tahu
Betapa tulusnya kasihku

Hebatnya api asmara
Tak terdaya aku mengawal
Moga engkau tahu
Betapa tulusnya kasih ku

Kasih ku tak terbanding